Hargai sebelum Kehilangan
Benda ni menjadi pegangan aku bila aku duduk jauh daripada parents. Kalau dapat balik memang aku akan balik. Sebulan sekali pun jadilah. Kita semua tau yang kat dunia ni takde satu pun yang kekal. Kecuali Allah. Ini bermaksud bahawa mak ayah kita juga mereka bersifat sementara yang Allah cuma pinjamkan sekejap je untuk kita. Dan kita ni pun Allah pinjamkan sekejap je untuk mak ayah kita. Bila sampai masanya kita akan kembali semula ke alam yang kekal di sana.
Mungkin ada yang cakap takde duit sebab tu tak balik. Tapi manalah tau bila kita balik jumpa mak ayah tetiba Allah rezekikan kita dengan duit asbab kita balik jumpa dorang. Kita tak tau kan sebab rezeki Allah tu luas. Macam-macam cara kalau Allah nak bagi rezeki tu. Kita cuma kena yakin je.
Bila-bila masa je Allah boleh ambil nyawa mak ayah kita. Cuma kita tak tau bila je. Sebab kematian itu satu rahsia. Jadi sementara mak ayah masih hidup ni, hargailah setiap saat yang kalian ada dengan mereka. Kalau duduk jauh tu, rajin-rajinlah datang melawat. Bila dah takde nanti, jangan menyesal pulak sebab fitrah manusia lah bila benda ada depan mata buat tak kisah je. Cuba bila dah takde, time tu nak menyesal dah takde guna bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur. Doa je lah yang kau mampu bila mereka dah takde.
Aku tulis pasal benda ni sebab aku dah pernah rasa hilang orang yang aku sayang. Aku hilang ayah aku waktu umur 11 tahun. Can you imagine macam mana kitorang adik beradik time tu semua kecil lagi dengan diuji dengan kehilangan orang yang tersayang. Aku paling kesian kat mak aku lah sebab dia sorang-sorang besarkan kitorang. Nasib baik lah mak aku kerja jugak wei. Kira macam takde lah bergantung 100% kat ayah aku. Bila ayah aku dah takde memang mak aku sorang je lah yang besarkan kitorang sampai lah umur aku 14 tahun kot mak aku kahwin lain.
Ayah tiri tak sama cam ayah kandung beb. Aku okay je mak aku kahwin lain sebab aku taknak lah jadi anak yang selfish tak bagi mak aku kahwin. Dah memang jodoh kahwin jelah kan. Ayah tiri aku ni ada lah jugak bagi aku duit bila aku nak balik asrama dan sekarang aku dah dekat universiti pun.
Aku ni bukanlah anak yang baik sangat pun. Tapi aku cubalah jugak untuk jadi anak yang solehah dan aku harap suatu hari nanti family aku dan family korang juga boleh bersatu kat syurga. Say Aamiiin everyone!!!

Comments
Post a Comment