Minggu Suai Kenal (MSK) Universiti Utara Malaysia

Hai semua :) maaf sebab lama tak update sebab busy sikit sebab baru masuk degree. So harini aku nak cerita lah sikit pasal MSK. MSK ni nama untuk orientasi lah sebab setiap universiti ada panggilan tersendiri untuk sesi orientasi tu. Tapi papehal pun aku nak cakaplah, korang nanti kalau dapat UUM janganlah terkejut seperti aku ye. Terperanjat beruk aku bila masuk sini bila tengok sekeliling hutan. Pastu aku rasa cam sedihlah wei tengok sekeliling hijau je yelah dah nama pun 'universiti di rimba hijau'.Buat yang sukakan ketenangan eloklah datang belajar kat sini. Serius best!!! Walaupun jauh dari bandar, tapi no regret okies masuk sini. Kau akan enjoy je masuk sini takdelah homesick pun. Nanti aku cerita lagi details lah apa ada kat sini.

So, MSK aku ni dalam 4 hari je tak silap aku lah. Hari first daftar pastu malam tu uruskan dokumen pendaftaran. Ni aku tunjuk jadual orientasi kitorang. Orientasi kat sini alhamdulillah tak merepek. Takde kena stay up lama-lama pastu kena buat cheers. Sini orientasi kita lek lek je. Dengar orang cakap je banyak. Itu pun kalau kau dengar lah. Pastu ada lah kena buat energizers kena menari. Alah menari je pun. Best apa menari. Korang kan minat buat tiktok. so inilah masanya untuk menunjukkan bakat anda gituhh




Highlight untuk minggu orientasi ni part majlis ikrar lah. Time tu semua kena pakai baju putih, tudung putih, kasut hitam.  Ni lah susasana kat dalam dewan nanti.


Ni gambar before naik bas gerak ke Dewan Mu'adzam Shah (DMAS). 


 Ni dah beratur depan dewan. Hm apahal aku punya susunan gambar terabur terok ni. Ksksksks maleh aku nak betulkan. Takpe kalau baca korang faham lah. Tak complicated pun. 




HEHEHEHEH sebenarnya en highlight untuk MSK ialah MAJLIS APRESIASI SENI. Ni untuk penutup MSK so ramai lah students intake baru buat persembahan ikut inasis masing-masing. Best lah sebab lawan cheers antara inasis. Memang gempak lah time tu, bingit sangat time tu. Korang imagine situation kat stadium tengok bola. Haa gitulah suasana tu nanti sebab macam-macam alat muzik depa bawa. Aku inasis Sime Darby yang mana semua kaum hawa je. So time buat cheeers tu takde lah gempak mana lagipun tak ramai sangat macam inasis lain lebih-lebih lagi inasis yang ada lelaki dengan perempuan. 


Yang ni otw ke DMAS ikut jalan belakang. Jalan kaki je. Letih beb. Sampai je DMAS semput bhai ceii over sikit kahkahkah 🤭 best lah jalan jalan. Boleh tengok tasik. Kat tasik tu boleh kayak tau. Tu baju inasis kitorang antek en hihi



Okay yang ni dah sampai dalam DMAS. Lepas solat maghrib baru event start. Ada video tapi takpelah malas nak share. Nanti korang dah masuk UUM korang tahu lah sendiri. So nanti jangan lupa apply UPU letak UUM first choice.


After habis orientation week ni maka startlah add drop subject. Pehhh ini lah pengalaman pertama dalam hidup buat add drop pastu rasa macam berperang tau nak dapat kelas yang kita nak. Seharian add drop pastu aku tak masuk kelas pun tau. Ish baru first day dah ponteng hahahahaa. Okay dah takde apa kot. Lenkali lah aku cerita panjang sikit. Ni aku nak fokus pasal MSK je.
Rasanya tu je kot aku boleh share. Nanti nak tanya apa-apa boleh je. Sis sudi membantu. Jangan malu, jangan segan. Kalau aku boleh jawab aku jawab lah.
Sekian. Thanks sudi baca.










Comments

Popular Posts