APA NAK BUAT LEPAS SPM?
walaupun aku tau spm dah lama habis tapi aku rasa ada je yang still clueless tak tau nak buat apa kan sepanjang cuti tu. so aku akan share serba sedikit lah apa yang korang boleh buat. sebenarnya banyak je benda korang boleh buat. kalau duduk rumah tak buat apa pun bosan jugak kan.
paling penting sekali korang kena buat ialah qada tidur hahaha ooo qada tidur nak, qada solat takmau pulak ek. boleh je nak tidur lama lama tapi bila sampai je waktu solat, bangkitlah solat. tapi janganlah selalu tidur je. kau nak kena marah dengan mak kau ke? kena halau rumah satgi padan muka. tolonglah parents apa yang patut. belajar masak ke, sidai kain, basuh kain ala benda benda common je. bukan susah pun, especially perempuan nanti nak kahwin so boleh practice dari sekarang git0wh tibahhh
next, ambil lesen. ni depends kat korang jugak. kalau jenis kuat merayap tu, eloklah ambik baru best boleh drive sendiri. pengalaman aku ambik lesen aku failed tau first time tu. so kenalah repeat dan nasib baik lulus (alhamdulillah), aku ambik lesen kereta je sebab aku tak minat naik motor ni sebab saya minat awak wkwkwk. lagipun motor kan cam bahaya sikit, so aku pun tak berani lah. tapi kalau rasa taknak ambik dulu pun takpe, dah tua nanti pun still boleh ambik jugak.
kalau minat nak kerja, boleh lah cari kerja kosong. yang duduk bandar senang lah sebab banyak je kerja kosong. aku ni duduk kampung, so memang takde lah aku kerja. aku memang duduk rumah je walaupun time tu dah ada lesen because i dont have car kalau nak drive pergi jalan pun. besides, pitih pun takdok weih huhuhu
benda lain yang korang boleh buat cuba belajar benda baru. kalau jenis yang suka explore something new ni korang boleh bukak youtube dan belajar daripada situ. contohnya belajar edit video. trust me, benda editing skills ni berguna once dah masuk universiti. sebab nanti korang mungkin akan ada assignment yang memerlukan untuk buat video. alah, buat video untuk girlfriend gempak-gempak, takkan nak buat video assignment cikai-cikai je.
dah habis spm tak bermakna dah habis belajar jadi manfaatkan lah masa yang ada dengan baca buku. bacalah buku yang boleh tambahkan ilmu pengetahuan korang. kalau takde buku boleh cari e-books. come on lah, dunia dah maju. semua di hujung jari je, tapi tulah aku prefer baca buku. tak suka nak baca e-books. jangan lupa juga baca quran. lagi-lagi yang dari asrama tu. try lah at least sehari satu muka surat. tak dapat satu muka surat satu ayat pun jadilah. lama-lama nanti bila dah terbiasa mesti rasa macam eh nak baca lagilah so makin bertambah lah ayat yang boleh dibaca dalam sehari tu.
ni last kot cadangan aktiviti yang boleh dibuat. cuba buat research pasal scholarships and courses yang korang nak ambik. ambik tau pasal universiti mana yang korang aim nak masuk. pastu check course tu available ke tak kat universiti yang korang nak tu. tak rugi pun ambik tau pasal benda ni. benda ni nanti boleh bantu korang nak buat keputusan. korang boleh target nak masuk mana. asasi? matrikulasi? diploma? ipg? so ambik tau pasal benda ni.banyak je orang share. aku pun ada jugak share pasal asasi uitm (klik link) tapi aku tak share sangat pasal apa yang ada kat universiti tu. cuma aku bagi macam nasihat dan tips gitu je. boleh try usha blog lain sebab ramai je yang share.
anyway enjoy your life after spm. because after this no more qada tidur. masuk universiti nanti silalah ada common sense ye. aku nak ajar lah sikit COMMON SENSE apa yang korang kena ada.
- flush lepas guna toilet. wei aku tak tau lah apa yang memberati tanganmu daripada nak tarik flush tu. memang lepas buang air terus takde daya nak flush ke? dah habis energy? sampai ke degree tau masalah orang tak reti nak flush ni. kalau tak reti nak flush ko pakai je lah pampers. in case lah toilet tu ada problem dengan flush, cubalah cari cara lain. dimanakah akal fikiran yang Allah berikan kepada anda? otak ada kan, so fikirlah. bawaklah gayung atau baldi untuk jirus najis korang tu. takkan semua benda nak harapkan orang lain dah besar kan.
- kalau dengar lagu atau otp dalam bilik silalah pakai earphone ye nyah. kau ingat orang suka ke dengar lagu yang kau pasang tu? kalau otp dengan boyfriend tu pergilah tempat lain. sian roommate yang single tu. tak ke sendu dibuatnya huks.
- bagi orang keluar dulu kalau naik bas/lif. ini dah kalau semua takde nak tolak ansur memang payah lah ceritanya. tak rugi pun bagi orang keluar dulu. bagi orang keluar dulu baru masuk. kan mudah tu.
- before basuh pinggan mangkuk kat sinki kalau lepas makan maggi ke apa ke, buang dulu sisa tu dalam tong sampah. jangan lah buang kat sinki nyah. eeee geli tau tak?! nanti sinki sumbat dah semua orang takleh nak guna. jadi jangan susahkan kerja orang. hidup ni kita kena mudahkan urusan orang nescaya Allah akan mudahkan urusan kita cewahhh (donedakwah)
okay rasanya takat tu je aku boleh share. any comment boleh je tulis kat ruangan yang disediakan. thank you for reading <3 have a nice day mwahhh :)
Comments
Post a Comment